Lirik Lagu Bunga - Altimet

Bunga - Altimet 

Hak!...

Pening kepala
Takde duit belanja
Kecewa kerana orang lain shopping selambe

Nak merasa
Nak join sekali bersama
Mereka mereka yang viral trending semasa

Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata
"Ada gaya Subang Jaya,
Hari-hari hari raya"

Tak sanggup tunggu lama
Takde duit takde masa
Aku jumpa satu brother
Tanya macam mana dia berkata

Hey isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang
Bayar kemudian

Oh mohon terus lulus
Tanda tangan terus
Siapa tak nak berlambak fulus

Bagai bulan jatuh ke riba
(Nak duit, nak duit dapat sekali bunga)
Jatuh bulan kan ada riba

(Nah duit, nah duit sertakan bunga)

Jangan sampai kena sita
(Takde duit untuk bayar bunga)
Sampai boleh naik gila
(Rumah takde taman masih ada bunga)

Serba satu 

Semua serba baru
Kalau tak laku mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru

That's my instant fam
Semua laju post pasal baju kat instagram

Beemer tiga liter
Kopi mahal cafe hipster
Bukan pelipur lara tapi teruk gebang bila cerita

Putih mata
Lupakan kisah lama
Kalau nak lagi jumpa itu brother
Dia berkata

Hey isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang
Bayar kemudian

Oh mohon terus lulus
Tanda tangan terus
Siapa tak nak berlambak fulus
(Pinjam je lagi)


Bagai bulan jatuh ke riba
(Nak duit nak duit dapat sekali bunga)
Jatuh bulan kan ada riba

(Nah duit, nah duit sertakan bunga)
Jangan sampai kena sita
(Takde duit untuk bayar bunga)

Sampai boleh naik gila
(Rumah takde taman masih ada bunga)


Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik-baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat terikat ketat

Mana mahu lari jangan kecik hati
Janji tetap janji perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak pokok dan baki
Bunga tanam sekali hutang sampai mati

Bagai bulan jatuh ke riba
(Nak duit nak duit dapat sekali bunga)
Jatuh bulan kan ada riba
(Nah duit, nah duit sertakan bunga)
Jangan sampai kena sita
(Takde duit untuk bayar bunga)
Sampai boleh naik gila
(Rumah takde taman masih ada bunga)

Comments